TENTANG KAMI
RGCX Trading Corporation ialah sebuah syarikat pelaburan dan broker Forex yang berdaftar secara sah dan beroperasi di Panama. Perniagaan kami adalah untuk memberikan service terbaik dan memastikan semua transaksi yang dibuat adalah telus serta mematuhi undang-undang.
Syarikat kami telah diwujudkan sejak tahun 2010. Pada masa tersebut, service kami hanya terhad kepada pelanggan korporat sahaja. Bermula Januari 2012, kami telah menjalankan perkhidmatan broker forex dan komoditi tanpa Trader Kabinet. Kini, March 2012, RGCX Trading Corporation telah melancarkan Trade Cabinet sendiri untuk semua trader-trader yang berdaftar dengan RGCX. Dan kami telah membuka peluang kepada orang awam di lebih 20 negara seluruh dunia.
Sehingga kini syarikat telah berdiri kukuh dan memiliki tujuh jabatan utama:
- Jabatan Khidmat Pelanggan
- Jabatan Pemasaran
- Jabatan Perundangan
- Jabatan Kewangan
- Jabatan Teknologi dan Komunikasi
- Jabatan Rakan Kongsi
- Jabatan Dagangan Online
Official website : http://www.rapidgcx.com
Trader Kabinet : http://www.rgcxplus.com
HUBUNGI KAMI
KETUA PEGAWAI EXSEKUTIF (CEO)
Mr. Charles Webb adalah merupakan Ketua Pegawai Exsekutif (CEO) di RGCX Trading Corporation.
Latarbelakang pendidikan dan profesional
Mr Charles Web mendapat kursus Ijazah Sarjana dalam Ekonomi Antarabangsa dan Sajana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dan Ekonomi dari Universiti San Jose State, Amerika Syarikat. Selepas tamat pengajian, beliau telah menyertai Offshore Financial Services Industry pada tahun 1999, bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengurusan dan kawalan terhadap 5 Amanah Swasta Antarabangsa dan Pertubuhan Faedah Swasta Panama.
Beliau telah menjalankan pemindahan semua 5 Amanah tersebut kepada bidang kuasa yang baru termasuk semua akaun bank, akaun broker dan lain-lain struktur pegangan eset. Apabila selesai jumlah penempatan semula ke Panama, setiap satu daripada 5 Amanah telah diperkenalkan dan mendapat manfaat daripada 5 Pertubuhan Faedah Swasta Panama yang masih beroperasi sehingga hari ini.
Pada bulan Januari 2011, beliau menyertai RGCX Trading Corporation sebagai Ketua Pegawai Exsekutif (CEO). Beliau bertanggungjawab dalam pembangunan, kewangan, isu-isu perundangan dan cukai kumpulan syarikat yang berpangkalan di Panama. Mr Charles Webb bertanggungjawab terhadap pembangunan mengoptimumkan operasi dan pengurusan berkesan Syarikat, serta membantu dalam focus dan hala tuju RGCX Trading Corporation hari ini dan juga masa akan datang.
GAMBAR PEJABAT
Berikut ialah gambar pejabat RGCX Trading Corporation yang berada di Edificio Century Tower, Panama.
LESEN DAN PERUNDANGAN
RGCX Trading Corporation adalah sebuah broker forex yang sah dan mematuhi undang-undang perdagangan. Syarikat kami telah didaftarkan di Panama dengan no lesen pendaftaran 712390 pada 14 September 2010
Berikut adalah sijil lesen pendaftaran syarikat kami, RGCX Trading Corporation:
Original
Official Translation
Panama Offshore Legal Services KLIK SINI
Maklumat pendaftaran domain :
http://whois.domaintools.com/rapidgcx.com
http://whois.domaintools.com/rgcxplus.com
Tiada dalam senarai dalam SSM(Suruhanjaya Sekuriti Malaysia).
SILA DAFTAR PERCUMA! KLIK DAFTAR DI BAWAH
>>>>>DAFTAR<<<<<
Saya ingin sedikit penjelasan tentang RGCX Trading Corporation Asian Team Promosi Perniagaan COVID-19 seperti diberitahu broker. Adakah Promosi Covid-19 ini sahih seperti yang diberitahu oleh broker RGCX Asian Team? Tempoh promosi ini adalahdaripada 22/3-31/3/2020.
ReplyDeleteSaya telah mengambil peluang ini dan telah membuat pelaburan modal RM800.00 saja seperti dalam jadual RGCX Trading Corporation. Selepas diniaga dan dapat pulangan, broker tidak memasukkan pulangan itu ke akaun saya walau pun selepas komisen dibayar kepada broker. Broker kata saya kena bayar lagi cukai kepada BNM barulah pulangan itu dimasukkan ke akaun saya.
Saya ingatkan RGCX menepati janji dengan promosi perniagaan COVID-19 untuk membantu pelanggan yang dalam keadaan susah terkesan dengan penularan COVID-19 ini seperti mana dalam mesej whatsapp broker. Saya mohon penjelasan syarat-syarat proses kemasukan pulangan itu ke dalam akaun bank pelanggan sama ada melibatkan BNM. Dan jika terlibat BNM berapa peratus cukai kena bayar dan bayar di mana. Terima kasih
Pakcik RGCX dah mampuih dah. Duit saya RM 10k pun dah lesap.
ReplyDelete